Salam ukhwah,
Dari web PPIM...
Cabaran untuk memilih produk HALAL pada ketika ini semakin sukar kerana HALAL merangkumi semua aspeknya, dari segi URUSAN, PERNIAGAAN, PRODUK & SALURAN KEWANGANNYA serta lain-lain.
Di Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM), kami merayu & menggesa umat Islam untuk bersama-sama berjuang bagi memilih produk HALAL & membantu ekonomi kita sesama Islam.
Kami tidak menggalakan para pengguna untuk menggunakan produk-produk yang mempunyai antara kriteria tersebut:
Tiada HALAL JAKIM/Malaysia
Tiada Menghormati Sensitiviti Umat Islam
Bukan Buatan Malaysia
Bukan syarikat Islam/Bumiputera
Menyalurkan Sumbangan kepada Yahudi
Sijil HALAL Palsu/ Tidak Diiktiraf/ Swasta
Menimbulkan Kekeliruan Kepada Umat Islam
Barangan Parallel Import (TIDAK HALAL) Dicampurkan Dengan Barangan HALAL Akan Menyebabkan Umat Islam Tertipu.
Mari kita sahut seruan dari PPIM ini. Sebarkan produk Halal Muslim HPA sebagai alternatif kepada masyarakat Islam di luar sana. Masih ramai yang belum ada kesedaran untuk mengguna produk Islam secara sepenuhnya. Ayuh tawarkan produk HPA sebagai pilihan utama.
Berita Semasa HPA:
1. Majlis Tandatangan Persetujuan Pembelian Menara HPA Oleh HPA Industries Sdn Bhd dari pemaju NAZA TTDI Kumpulan Naza Group akan dilangsungkan pada 28hb April 2010, Pada Jam 11 pagi. Depan Puncak Niaga HPA, Sek 13 Shah Alam. Akan disaksikan oleh Pengarah Urusan HPA (Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad), CEO NAZA TTDI Pengarah Urusan SME Bank. Jom sama-sama hadirkan diri bagi melihat hari bersejarah HPA yang akhirnya bakal memiliki Menara HPA sendiri.
2. Produk baru HPA yang akan berada di pasaran:
Kordial kurma madu + gula perang
Kordial asiatica (pegaga) + gula perang
Roasted chicken chop
Sos pencicah ciliSos lada hitam
Roti putar chocolate chip
Roti canai
Roti putar
Kicap lemak manis (baru)
Kicap masin
Kek lapis oren chocolate chip
Minuman herba Hirta
Aren syrup
Soalan Popular Simpanan Syariah : Ulasan Tahap Orang Awam
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan